G4duh Slang ‘Omputih’ Siapa Lagi Hebat, Jihan Dan Neelofa Buat Penonton Terbahak Di AME

Belum habis lagi bahang Anugerah Meletop Era yang bersiaran secara langsung pada hari Ahad lepas di Axiata Arena Bukit Jalil. Gandingan tiga pengacara mantap, Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Neelofa telah menambah seri anugerah tersebut.

Walaupun AME2019 sudah melabuhkan tirai, impak gandingan tiga pengacara itu tetap memberi kesan kepada netizen sehingga ke hari ini. Salah satunya adalah semasa Neelofa dan Jihan Muse digandingkan dan secara bersahaja Jihan telah bertutur dalam bahasa Inggeris menggunakan slang British.

Menariknya, Neelofa telah bertutur dalam bahasa Inggeris slang Amerika Syarikat sehingga Jihan seakan gerun dan mula menyanyikan lagu rap yang popular satu ketika dahulu bertajukMans Not Hot nyanyian Biq Syaq.

Video sedutan daripada AME2019 itu telah dimuat naik oleh satu akaun Instagram peminat Neelofa yang terhibur dengan keletah pengacara-pengacara tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hadoi 2 ketoi ni😆😆 lofa dah macam character disney yg jihan ni character apa pulak😆😆 part last tu sempat eh mention nama kak lina pom pom😂 #neelofa #videoneelofa #ame2019

A post shared by neelofa fans (@lofa.videos) on

Gelagat lucu dua pengacara tersebut nyata mengundang tawa para hadirin. Suasana di Axiata Arena gamat dengan tepukan kerana rata-rata terhibur dengan perbualan mereka berdua.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

2 plus 2 is 4 minus 1 thats 3 quick maths. And the ting goes skrapppp pap pap ka ka ka. Skidiki pap pap.. And a pu pu purrrr boom poom poom poom kak lina pompom aaa gitchuuuu.. #parodiva

A post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse) on

Menerusi  muat naik di akaun Instagram peminat Neelofa itu, ramai netizen mengakui bahawa mereka turut berasa kagum dan terhibur dengan lawak spontan dua pengacara hebat itu.

Sumpah tak boleh move on

Macam choral speaking!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Light and delicate Fizi Woo pleated dress made me feel like walking on clouds at #AME2019 !

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Lofa videoJihan Muse