Sah Tulang Manusia

PENGESAHAN awal dibuat Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, melalui bed4h siasat mendapati serpihan tulang ditemui di Gua Kandu, Gopeng, adalah milik manusia.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, bed4h siasat mendapati ia adalah tulang lama dengan keadaannya yang sudah reput.

Katanya, selepas disahkan tulang manusia, serpihan itu akan dihantar ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya, Selangor, untuk padanan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

“Tengah hari semalam, proses bed4h siasat selesai di Jabatan Forensik HRPB, Ipoh dan pengesahan awal mendapati serpihan tulang ditemui itu adalah tulang manusia dan ia juga adalah tulang lama.

“Pada 2 petang semalam, kita sudah mengambil spesimen dar4h salah seorang ahli keluarga Mohammad Ashraf Hassan di Hospital Kampar.

“Serpihan tulang dan spesimen dar4h diambil itu akan dihantar ke Jabatan Kimia hari ini untuk tujuan padanan DNA,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar, hari ini.

Beliau berkata, padanan DNA yang akan dibuat adalah untuk membuktikan kaitan penemuan tulang itu dengan kehilangan Mohammad Ashraf, 29, pada 23 Mac lalu ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail.

Katanya, bagaimanapun keputusan ujian DNA itu nanti dijangka mengambil masa sebulan hingga dua bulan sebelum ia boleh disahkan dan pihaknya akan cuba mempercepatkan proses berkenaan.

Ditanya sama ada pencarian Mohammad Ashraf atau lebih mesra dengan panggilan Acap masih dijalankan penduduk selepas penemuan tulang itu, Hasron Nazri berkata, ia masih dijalankan namun dalam kumpulan kecil dengan kebenaran polis.

Penemuan Bau Busuk Di Lereng Bukit Oleh Orang Asli Akhirnya Terjawab, Dedah Mejar Mohd Fitri

Perkongsian dari yang berpengalaman Mejar Mohd Fitri..

Anggota bomba Multi Skill Team (#MUST) adalah satu kumpulan pakar dalam banyak bidang didalam Bomba Malaysia. Jadi ini saya tulis tentang mereka.

Petang tadi saya telah diajak oleh kumpulan ini untuk sama-sama menyiasat satu maklumat dari orang asli tentang ada satu bau busuk di lereng tinggi dalam hutan simpan Bukit Kinta.

Oleh kerana team MUST yg ajak, jadi saya ikut dan temani mereka. Kami berenam pergi ke tempat itu, mula masuk hutan tebal dan mendaki bukit yg amat tinggi selama 1 jam.

Tiba di tempat petunjuk itu, saya dan ahli MUST itu bergabung ilmu dan memeriksa tempat itu dan jumpa punca bau busuk itu. Banyak lalat dan langau. Selepas itu saya bantu dengan teknik ‘pengesan tempur tentera’ selama setengah jam di situ untuk mengikuti kesan-kesan lain jika ada.

Kesimpulan, kami semua berpendapat, itu bukan bau atau kesan m4yat manusia. (Alhamdulillah) ... Kami pun turun dari bukit itu, keluar dari hutan dan terus bergerak ke kawasan lain untuk buat 1 lagi usaha bersama-sama.

Hari ini saya belajar banyak tentang kelebihan anggota-anggota pakar dari pihak bomba. Banyak kepakaran yg mereka ada untuk usaha menyelamat di darat, laut dan udara. Saya tulis ini khas untuk menghargai semua anggota bomba yg telah berusaha sedaya upaya.

Di depan mata saya selama dua hari ini, berbagai usaha dari jabatan2 kerajaan, dari orang kampung, orang ramai yg berduyun dari tempat jauh.. semua berusaha dengan cara mereka. Sebak hati saya nak tinggalkan ayah acap dan adik beradik acap.

Apapun strategi dan perancangan yg telah dibincang dan dirancang oleh keluarga acap, pihak bomba, saya doakan akan berhasil.

Saya sekarang dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur. Selama 2 hari 2 malam sudah disini, jadi saya kena pulang ke keluarga saya dan masuk kerja esok. Sekian. Assalamualaikum..

‎وَمَن يُسۡلِمۡ وَجۡهَهُۥٓ إِلَى ٱللَّهِ وَهُوَ مُحۡسِنٞ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰۗ وَإِلَى ٱللَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ ٢٢

“Dan, barangsiapa menyerahkan diri kepada Allah, sedang dia adalah orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang pada tali yang kukuh. Dan hanya kepada Allah-lah kesudahan segala sesuatu”

(Surah Luqman: ayat 22)

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : FB Mejar Mohd Fitri via  FB Geng Keselamatan Negara via Metro