Persembahan tiada penonton nasib baik tak ‘stage dive’! – Ini penjelasan As’ad Motawh

As’ad memberitahu dia hanya dibayar untuk hadir membuat persembahan sahaja.

PENYANYI As’ad Motawh menjelaskan persembahannya di sebuah universiti swasta di Cyberjaya pada Sabtu lalu tidak mendapat sambutan disebabkan tiada sebarang promosi daripada pihaknya.

As’ad atau nama sebenarnya As’ad Ahmad Muhammad Motawh, 18, berkata dia hanya dibayar untuk hadir membuat persembahan sahaja di acara berkenaan.

“Ada perbezaan apabila acara yang membayar saya untuk membuat persembahan sahaja dan apabila acara membayar saya untuk muat naik dan beritahu semua orang yang saya akan datang.

 

 

As’ad menjelaskan situasi sebenar apabila tidak ada penonton melihat persembahannya.

“Saya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan tawaran yang bergantung kepada pihak pengurusan.

“Kalau anda lihat saya muat naik poster acara di laman sosial, anda patut datang. Ia tidak pernah kosong,” katanya.

As’ad memberi penjelasan tersebut bagi membalas tweet netizen di Twitter yang memuat naik foto keadaan tempat acara itu tiada penonton ketika dia membuat persembahan.

Netizen itu juga berpendapat bahawa tidak sepatutnya seorang artis itu melalui situasi tersebut dan As’ad perlu memberitahu peminatnya mengenai setiap acara yang dia sertai.

As’ad literally performed in front of empty crowd at MMU. Nasib baik tak stage dive kalau tak nanti nearly died” ujar netizen berkenaan.

Dalam pada itu, As’ada memberitahu dia menghormati pendapat tersebut namun beranggapan tidak semua artis boleh mengawal setiap apa yang bakal terjadi.

As’ad menghormati pendapat netizen.

Menurut penyanyi lagu Senyum itu, dia dibawah syarikat pengurusan artis dan mempunyai kontrak yang tidak boleh dilanggari.

“Saya hormat pendapat awak. Tapi awak kena tahu ramai artis tidak mengawal kesemuanya seratus peratus. Sebab itu kami di bawah pengurusan.

“Kami ada kontrak. Dan kami tidak boleh menentangnya. Apa-apa pun, terima kasih kerana menjadi manusia yang rendah diri dan baik.

“Saya doakan yang terbaik untuk anda,” ujarnya.

Selain As’ad, acara tersebut turut dihiburkan dengan persembahan dari Estranged, Benzooloo, Sandra Dianne, Joanna & Co dan Pesawat.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: mStar