“Terima kasih”… Valencia sah tinggalkan United

Antonio Valencia.

KAPTEN Manchester United Antonio Valencia mengesahkan dia akan meninggalkan Old Trafford menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

Valencia hanya melakukan satu penampilan dibawah Ole Gunnar Solskjaer dan sering bergelut dengan kecederaan semasa tahun ke-10nya bersama United.

Jose Mourinho sering mengkritik tahap kecergasan Valencia semasa siri jelajah United ke Amerika Syarikat (AS) musim lalu dan dia hanya beraksi dalam lapan perlawanan sahaja musim ini.

Namun teka-teki mengenai masa depan Valencia akhirnya terjawab apabila Solskjaer mengesahkan pemain itu tidak akan diberikan kontrak lanjutan sebaik sahaja kontraknya berakhir pada hujung musim ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

👏🏽 @manchesterunited

A post shared by antoniovalencia2525 (@antoniovalencia2525) on

Valencia tidak akan memperkuat United musim depan.

Valencia bagaimanapun mengesahkan berita tersebut dengan memuatnaik gambar ruangan tempat duduk Sir Alex Ferguson di Old Trafford dengan kapsyen ‘terima kasih’ di Instagramnya.

Ferguson membawa masuk Valencia dari Wigan pada 2009 menggantikan tempat Cristiano Ronaldo yang berhijrah ke Real Madrid.

Valencia melakukan 338 penampilan untuk United dan meledak 25 gol. – Metro.co.uk

Skill Terbaik Yang Ditunjukkan Oleh Valencia:

https://www.youtube.com/watch?v=kVOEzpE7ow8

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Mstar