[FOTO] Sekitar Istiadat Perkahwinan Tengku Mahkota Kelantan Di Istana Balai Besar… Cantik Isterinya!

Baru-baru ini tular tentang pernikahan sultan kelantan iaitu Sultan Muhammad V bersama warga rusia, kini giliran adik baginda pula iaitu Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra melangsungkan pernikahannya bersama seorang warga Sweden, Cik Sofie Louise Johansson. 

Majlis tersebut telah diadakan di balai besar diraja di Kota Bharu yang berlangsung semalam. Berikut merupakan gambar sekitar majlis tersebut;

 

Pasangan diraja itu diijabkabulkan oleh Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad selepas khutbah nikah dibacakan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Majlis yang berlangsung secara tertutup dan sederhana itu telah dihadiri oleh kaum kerabat, keluarga dan juga sahabat handai. Tahniah diucapkan buat Tengku Mahkota diatas ikatan ini. 

Tengku Mahkota Kelantan diputerakan pada 20 Januari 1974 di Istana Kota Lama, Kota Bharu.

Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ismail Petra II sebelum meneruskan pengajian di Oakham School, London di peringkat sekolah menengah.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: BH/Facebook