“Husband Nak Baby Girl…Mama Belum Boleh Rest Lah Gayanya”- Raja Farah

Pelakon Raja Farah terasa hidupnya bagai sudah sempurna selepas baharu sahaja melahirkan anak keduanya pada 7 April lalu.

Bagi Farah, dua cahaya mata lelaki yang dimilikinya kini sudah cukup membahagiakannya.

Namun menurut Farah, berbeza pula dengan suaminya Iskandar Ismail yang masih mengimpikan zuriat perempuan dalam keluarga mereka.

“Terasa hidup terlalu sempurna bila anak dah dua ni..Tapi..husband nak baby girl ni…Mama belum boleh rest lah gaya nye..” tulisnya.

Farah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram  miliknya.

Dalam entri yang sama, pelakon filem Aku Masih Dara itu turut berkongsi luahan perasannya mengenai anak pertamanya Imran

Menurut Farah, sejak anak keduanya lahir, Imran seolah-olah faham dan tahu membawa dirinya

“Dah lama tak post gambar Abg..kesian Abg Imran…nak manja2 dgn Mama, but in the same time Mama tgh breastfeed adik..

“But Imran has been a very good boy..he is so independent now…cranky & tantrum seeking for attention tu mmg ada…tapi most of the time, dia akan buat Hal sendiri je..

“Ya Allah..aku rasa bersyukur sangat dgn semua rezeki & kebahagian yg kau Kurnia kan ini…Alhamdulillah..” katanya lagi.

Rata-rata pengikutnya turut mendoakan agar segala urusan Farah dipermudahkan.

Farah telah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Iskandar Ismail pada September 2015 dan dikurniakan anak lelaki, Imran Iskandar pada Ogos 2016.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ni lah treatment Yg paling Farah suka dari @natalismothercare ..bersauna 2 kali sehari..pagi & ptg…selain dpt bakar lemak2 yg dah lama kusimpan ni, lepas bersauna ni badan akan rasa ringan & bertenaga…so bila mlm2 baby byk kali mintak Susu pun, tak rasa letih sgt…and my CL Kak Ani kata, muka dah mula kurus..! 😄 yeay..! Thumbs up 👍🏻 for Kak Ani & @natalismothercare … Alhamdulillah…tq my CL kak Ani… — #rajafarah #RFberpantang #natalismothercare

A post shared by Mama to Imran Iskandar (@rajafarahraziz) on

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: