“Jika Aafiyah Benar2 Berminat…,”- Ini Yang Siti Nurhaliza Ingin Lakukan Untuk Anaknya. Wahh, Untungnya Aafiyah!

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berhasrat mewariskan empayar perniagaan kosmetik SimplySiti kepada permata hatinya, Siti Aafiyah.

Siti selaku Presiden SimplySiti, penyanyi Anta Permana itu memberitahu, dia dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa memang bercita-cita mahu melihat Aafiyah menceburi bidang perniagaan apabila sudah dewasa kelak.

“Walaupun Aafiyah baru berusia setahun, tetapi dia suka dan teruja apabila melihat saya sedang bersiap dan mengenakan solekan.

“Jadi, jika Aafiyah benar-benar berminat dengan bidang perniagaan kosmetik, syarikat ini (SimplySiti) akan saya wariskan kepadanya.

“Kalau nak dikatakan setakat ini, apa yang boleh saya beritahu tiap kali saya bersolek, Aafiyah pasti akan nampak teruja,” ujar Siti kepada MH.

Terdahulu, Siti ditemui media pada majlis pelancaran Epie X Siti by SimplySiti di Glasshouse Seputeh, Kuala Lumpur, siang tadi.

Pada masa sama, Siti pernah memberitahu beliau dan suami tidak menggalakkan anaknya itu untuk bergelar penyanyi.

Ini kerana baginya, beliau lebih selesa mendedahkan anaknya yang berusia setahun itu terlibat dengan ilmu agama sejak kecil.

bu Kayuh Sambil Fikir Aafiyah Nak Susu’ -Berjaya Tamatkan Kayuhan 72KM, Siti Nurhaliza Dipuji Netizen

 kebelakangan ini, penyanyi No 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza sememangnya dilihat begitu aktif berbasikal. Siapa ikuti dia di laman Instagram, pasti tahu boleh dikatakan setiap minggu penyanyi ini akan rajin berbasikal bersama keluarga dan rakan-rakan rapatnya.

Terbaru, Siti Nurhaliza melahirkan rasa syukur dan bangga kerana berjaya tamatkan kayuhan sejauh 72km. Bukan mudah tu! Memang respect habis!

Ingatkan nak masuk 25km je

Alhamdullillah.. Medal ni untuk anak ibu tau. Banyak kenangan nak mendapatkan dan menghabiskan kayuhan 72km ni anak ibu oiii. Mula-mula ibu nak masuk 25km saja , yelah, fun ride la kann. Lepastu 1 team kata alang2 dah sampai Langkawi jom kayuh sampai 72km..Whattttt!!! Dah la tak pernah lebih 50km.. berangan nak 72km..

Berbekalkan semangat (redha je la) dan bantuan trainer saya #faizboh(geng @anuarmanan86 ) saya kuatkan semangat. Yang best sekali pagi tadi sebelum berlepas saya dah ‘jatuh bodo’ luka la lutut. Macam mana ;a boleh jatuh padahal dah berhati-hati sangat … takpee tebalkan muka semangat punya pasal ( sakit tauuu).

Fikir Aafiyah nak susu

Berlepas je hati dah dup dap dup dap.. takut jatuh lagi, tapi Alhamdullillah, Allah pelihara sepanjang jalan. Terima kasih sahabat saya @aiza_mokhtaryang bagi semangat suruh masuk 72km & habiskan .. (hebat mummy Aiza ni).

Sambil kayuh sambil istigfar, sambil bising bila nak habis nieeee.. hahahah… Yang sebenarnya ibu kayuh sambil pikir aafiyah kat bilik nak susu, aafiyah nak susu. hahaha.. itu buat ibu kayuh lagi laju tau aafiyah..

Di tangga 22 dari 1000 penyertaan

Sekianla coretan ibu aafiyah ni.. Akhirnya berjaya tamatkan juga 72km dengan masa 3 jam 13 minit 30saat di tangga 22 dari seribu lebih penyertaan…. Not bad uhh!! Syabas Siti Syabas .. sekarang.. persoalannya mana kaki ibu nie!! mana?? kaki dah tak rasa nak oiii… #rhblangkawiride2019#jomcarikakiibuaafiyah

Ramai puji

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Ctdk via ohbulan