Lihat Wanita Ini Hanya Guna Tepung Beras Untuk Kulit Putih dan Gebu

Zaman sekarang ni ada macam-macam jenis produk untuk kecantikan muka yang ada dijual di kedai mahupun online.

Boleh dikatakan semua founder mengaku bahawa produk mereka terbukti berkesan dapat memulihkan wajah.

Jika anda mahukan alternatif dan bahan-bahan yang semulajadi, anda boleh ikuti petua yang dikongsikan oleh Aroora Dayana. Beliau hanya gunakan satu bahan sahaja iaitu tepung beras.

Tips penjagaan wajah menggunakan tepung beras untuk tampil putih gebu. Amalkan selalu ya

Kebaikan tepung beras

  • Menyerap minyak berlebihan di muka
  • Memutihkan kulit muka jika digunakan secara konsisten
  • Tiada bahan kimia
  • Mengurangkan jerawat
  • Menghilangkan lingkaran gelap dibawah mata
  • Menanggalkan sel-sel kulit mati
  • Menyerikan kulit muka

Cara Menggunakan Tepung Beras

1 ) Beli sebungkus tepung beras kat kedai runcit. Murah je dalam RM1 ringgit lebih atau lebih. Lupa dah harga.

2 ) Ambik sesudu tepung beras tadi letak dalam mangkuk atau cawan. Suka hati korang lah nak letak dalam apa. Tupperware ke. Haha

3 ) Letakkan sedikit air bancuh pekat tau macam dalam gambar ni.Kalau korang nak campur serbuk kunyit pun boleh / yogurt / madu / putih telur.

Tapi kak yana tak campur apa2 sebab untuk pakai harian kan. Terpulang pada anda.

4 ) Kemudian pakai macam mask atau macam bedak sejuk.Pakai sampai kering dan kemudian basuh. Kalau nak pakai sampai pagi esok pun takde masalah

5 ) Amalkan setiap hari dan korang boleh tengok kesan dia. Kulit muka akan sentiasa lembut dan cerah.Jerawat semua xkan muncul.

Nak ckp kulit kak yana ni flawless macam telur rebus tu tak lah. Bukan semua org perfect kan.

So kak yana nk share lah sebab bnda ni dapat bantu kulit kita yang bermasalah. Jimat pun jimat kan?? Tak perlu guna produk mahal2.

 

Sumber: YOYNetwork

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*