12 [FOTO] Bertuah Tok Ti! Peminat kreatif ini sanggup habiskan masa bandingkan busana terbaiknya dengan cincin berlian

0
7

Peminat membandingkan busana digayakan Datuk Siti Nurhaliza dengan cincin berlian.

KREATIVITI peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza memang tidak dapat disangkal bagi menunjukkan minat mereka terhadap penyanyi tersohor itu!

Apa sahaja yang dilakukan penyanyi kesayangan mereka itu pasti akan jadi perhatian dan ikutan peminat selain pemilihan fesyennya ketika menghadiri majlis anugerah atau pun ketika waktu bersantai yang akan menjadi bualan ramai.

Kena sangat! Shafiq sanggup membuat kajian mengenai cincin yang menyerupai baju digayakan Siti Nurhaliza.

Seorang pengguna Twitter, Muhd Shafiq Sani mengumpul lebih 10 baju terbaik yang pernah dipakai Siti dalam satu bebenang yang membandingkannya dengan cincin berlian pelbagai bentuk bagi mewakili setiap busana digayakan penyanyi lagu Anta Permana itu.

Haih! Bukan senang nak buat perbandingan itu kerana semestinya Shafiq mengambil banyak masa membuat kajian tentang bentuk dan warna cincin untuk dipadankan dengan baju digayakan Siti.

Bukan sahaja warna baju dan cincin sama tetapi perinciannya juga cocok dengan busana Siti.

Paling ikonik, pemilihan busana berwarna gangsa dan kuning inspirasi puteri Perak yang digayakan Siti ketika konsert Siti Nurhaliza on Tour 2019 baru-baru ini diletakkan bersebelahan dengan cincin berlian dari warna sama benar-benar kelihatan sepadan!

Perkongsian itu juga turut mendapat perhatian pengikutnya di Twitter yang diulang kicau kerana kagum dengan kesungguhan Shafiq membuat kajian dan mencari gambar cincin yang sesuai dengan busana dipakai Siti.

 

 

 

 

Kreatif betul peminat Siti!

 

Sumber: Mstar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here