“Mommy Dah Start Sebak…” – Genap Sebulan, Lihat Transformasi Baby Sulung Mawar Rashid.

Pejam celik, rupanya sudah genap sebulan usia permata hati pasangan pelakon Raff Yaakob dan Mawar Rashid.

Diakui sebagai antara bayi selebriti yang paling mencuri perhatian netizen ketika ini, wajahnya sering kali menjadi ‘peneman’ Mawar tiap kali berkongsi entri terbaru di Instagram khususnya.

Malah, si ibu sendiri lewat petang semalam ada memuat naik foto anaknya yang dirakam secara kandid.

“Besok Rafael akan cukup sebulan. Cepat nya masa berlalu. Mommy dah start sebak @radenrafaelraf#6daysold. Btw, ni gambar Rafael yang paling galak senyuman dia. Gambar ni @radenrayyanrafyang tangkap.

“And Rayyan dia punya sweet, dia letak dekat wallpaper phone dia. How sweet kan,” kongsinya.

Apa pun, jom tatap wajah anak kesayangan pasangan ini sejak awal kelahiran hingga kini.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Instagram Mawar Rahid, radenrafaelraf via KLmenjerit