Shah Rukh Khan tinggalkan Don 3

Terlalu banyak khabar angin yang bertebaran tentang pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan. Sejak mengumumkan akan berehat daripada mengeluarkan filem berbajet besar, Shah Rukh dilihat mengadakan banyak pertemuan dengan penerbit filem lain.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Wondering…could this be the cloud that stores my data??!

A post shared by Shah Rukh Khan (@iamsrk) on

Ada yang mengatakan Shah Rukh akan bekerjasama di dalam filem Rakesh Sharma iaitu Saare Jahan Se Achha, namun timbul pula khabar angin mendakwa superstar itu meninggalkan filem tersebut.

Kemudian timbul pula berita tentang suami kepada Gauri Khan ini akan terbabit dalam filem Madhur Bhandarkar, namun disangkal lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hug from the Thug….!! Beat that!

A post shared by Shah Rukh Khan (@iamsrk) on

Namun desas-desus terbaharu yang mengatakan Shah Rukh akan meninggalkan filem Don 3 mengejutkan banyak pihak. Ada yang mengatakan, bintang filem Zero ini hanya berehat seketika, namun sesetengahnya mendakwa dia masih lagi terlibat.

Tempat Shah Rukh dikatakan akan diganti dengan Ranveer Singh.

Menurut sumber dari Mirror, Shah Rukh Khan dikatakan tidak meneruskan penggambaran filem Don 3. Sebaliknya tempat superstar itu digantikan dengan pelakon yang sedang meningkat naik, Ranveer Singh.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Glad to get my hands on the latest iPhone! Thank you @apple … really enjoying the amazing Portrait Lighting. #shotoniPhoneXSMax

A post shared by Shah Rukh Khan (@iamsrk) on

“Shah Rukh meninggalkan Don 3 atas sebab alasan peribadi dan pihak penerbitan Zoya Akhtar dikatakan telah menawarkan watak tersebut kepada Ranveer Singh. Buat masa sekarang, perkara ini masih lagi dalam perbincangan,” kata sumber tersebut.

Don merupakan filem arahan Farhan Akhtar, mula ditayangkan pada 2006 dibintangi oleh Shah Rukh Khan dan Priyanka Chopra. Kemudian filem ini diteruskan lagi dengan Don 2 yang ditayangkan pada 2011.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

What a lovely evening with these elegant ladies. The benefits of being in a tub with Lux soap! Thanks @lux_india

A post shared by Shah Rukh Khan (@iamsrk) on

VIDEO TRAILER:

Sumber: MHE TV 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon