Lelaki Berusia 26 Tahun Ini Telah Menghidupkan Semula Tasik Yang Telah K0ntang, Aquaman Di Dunia Sebenar

Menurut laporan terbaru, dengan 844 juta orang kurang mendapat akses kepada air bersih. Salah satu masalah utama yang menyebabkan hal ini adalah disebabkan oleh pencemaran air. Nasib baik, ada orang-orang seperti Ramveer Tanwar dari India, yang tidak mengabaikan masalah ini dan telah memutuskan untuk mengambil tindakan.

Kami kagum dengan kisah pemuda India ini, yang ingin membantu kampung dan rakyatnya pada masa yang sama telah melakukan satu tugas yang sangat mulia. Kami tidak sabar-sabar untuk berkongsi dengan anda satu contoh hebat bagaimana usaha seorang lelaki dengan kekuatan  dan tenaga yang tidak berkesudahan membuat dan menyelamatkan berpuluh-puluh tasik dan kolam.

Inilah Aquaman di dunia Nyata, Adiwira air yang membantu masyarakat sejagat.

Pada suatu hari, Ramveer Tanwar yang berusia 26 tahun itu melihat kolam dan tasik dimana dia dan kawan-kawan selalu bermain pada waktu kecil semakin lama semakin menghilang. Ditambah lagi, banyak kawasan tanah lembap yang dicermari dan menjadi tempat pelupusan sampah. Dia mengambil keputusan inilah masanya untuk berubah dan menyedar dan memberitahu kepada masyarakat tentang kepentingan mempunyai air yang bersih.

Ramveer mengajar kanak-kanak di kampungnya pada mulanya dan kanak-kanak itu juga tahu yang sesuatu mesti dibuat kepada bekalan air mereka yang semakin berkurang. Ramveer memberitahu pelajar untuk memberikan amaran kepada ibu bapa mereka tentang masalah yang wujud tentang pencemaran serta penjimatan air. Malangnya, rata-rata dari penduduk kampung tidak mempercayai kata Ramveer dan berpendapat bahawa sumber air di kampung mereka tidak akan habis.

Ramveer tidak berputus asa dan membuat keputusan untuk melakukan ini sendirian. Dia pergi kesemua rumah penduduk kampung satu persatu untuk menjelaskan tentang isu air tersebut. Kemudian, dia menyuruh pelajarnya memberitahu ibu bapa mereka untuk berkumpul setiap hari ahad dimana dia akan memberikan ceramah ringkas dan cara-cara untuk menangani masalah ini. Lama kelamaan, penduduk kampung mula menyedari tentang masalah ini setelah sekian lama bertegas untuk tidak percaya.

Usaha dan keringat Ramveer telah membuahkan hasil. Pihak berkuasa tempatan mengenali usaha beliau dan perjumpaan setiap ahad itu dipanggil sebagai “Jal Chaupals”

© Ramveer Tanwar / facebook   © Ramveer Tanwar / facebook   © Ramveer Tanwar / facebook

Pada tahun 2015, Ramveer, kumpulan sukarelawan, pelajar, dan ibu bapa pelajar bergotong royong untuk membuang sampah dari tasik itu. Bukan sahaja tasik itu menjadi bersih tetapi mereka juga menanam pokok-pokok kecil di sekelilingnya. Kemudian, mereka menjemput pihak berkuasa tempatan untuk melihat hasil dari gotong royong itu dan mendapat dan Ramveer disanjung tinggi. Berita baik itu kemudian tersebar meluas di kawasan sekeliling dan orang dari daerah dan kampung yang lain berpusu-pusu menghubungi Ramveer untuk meminta bantuan membersih dan mencantikkan tasik di kawasan masing-masing.

Berkat usaha dan pertolongan banyak sukarelawan, berbelas-belas tasik dan kolam telah dipulihkan. Apa yang paling penting dalam proses pemulihan ini ialah supaya air itu susah untuk dicemari kembali. Selepas air telah dibersihkan, mereka akan menggali beberapa lubang untuk memungut sampah. Kemudian, mereka akan memasang sistem penapisan yang dibuat dar kayu dan longgokan rumput demi mengelakkan sampah kecil mahupun besar untuk masuk ke dalam kolam pada masa akan datang.

Lubang dan penapis itu akan dibersihkan seminggu sekali

Ramveer mahu meneruskan usaha untuk memulihara air di India. Dia mendapat bantuan dari kerajaan berkenaan dengan usaha ini dan disokong penuh oleh kerajaan lalu menubuhkan “groundwater army” di setiap kawasan berdekatan dengan tempat tinggal Ramveer dan beliau merupakan penyelaras bagi kumpulan itu. Namun apa yang menyedihkan ialah Ramveer terpaksa mengeluarkan duit poketnya sendiri kerana kerajaan tidak mempunyai dana untuk aktiviti kesedaran seperti ini.

Anda boleh lawati facebook Ramveer Tanwar untuk melihat usaha lain yang dia lakukan

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Ramveer Tanwar via Cerkosong