Menyedihkan Keadaan Rashidi Selepas Berpisah Dengan Vanidah Imran. Ini Sebab Semua Ini Dirahsiakan!

PELAKON Rashidi Ishak mengakui dia berdepan dengan tempoh sukar selepas bercer4i dengan aktres Vanidah Imran pada 9 Ogos 2018.

Rashidi berkata, dia mengalami kemvrungan dalam tempoh tiga bulan pertama perpisahan.

“Tiga bulan pertama sudah tentu masa paling sukar untuk saya lalui, saya berdepan dengan kemvrungan.

“Saya cuba elakkan menghadiri majlis keramaian atau bertemu orang ramai. Namun hari demi hari ia semakin baik dan saya mula menerima keadaan itu,” ujarnya kepada mStar Online.

Rashidi bersama bekas isteri Vanidah Imran dan anak-anak mereka.

Dia ditemui ketika sesi fotografi bersama mStar Online bagi mempromosikan filem BU yang bakal ditayangkan pada 11 April depan.

Rashidi pada Rabu lalu mengesahkan sudah bercervi dengan pelakon Vanidah Imran selepas 17 tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 18, dan Mariyam Rashika yang berusia 15 tahun.

Sepanjang 17 tahun kami tiada masalah berkaitan orang ketiga, apa yang boleh saya katakan ia disebabkan tiada lagi keserasian

RASHIDI ISHAK

PELAKON

Dalam pada itu, Rashidi berkata tindakannya merahsiakan percervian itu selama tujuh bulan bukan disebabkan terikat dengan mana-mana kontrak kormersial.

Katanya, keputusan untuk tidak menghebahkan perkara berkenaan berikutan enggan menjejaskan em0si anak-anaknya.

“Kami ambil masa tujuh bulan disebabkan masa ini adalah yang paling sesuai kerana semua sudah bersedia.

“Kami mahu menjaga emosi anak kami yang bakal menduduki SPM ketika itu dan ia tidak kerana terikat dengan kontral kormersial,” ujarnya.

Sementara itu, Rashidi berkata, keputusan untuk berpisah diambil selepas dirasakan ia jalan terbaik untuk kedua-dua belah pihak meneruskan kehidupan masing-masing.

Katanya, ia disebabkan tiada lagi keserasian dan bukan disebabkan orang ketiga.

“Sepanjang 17 tahun kami tiada masalah berkaitan orang ketiga, apa yang boleh saya katakan ia disebabkan tiada lagi keserasian.

“Ia jalan terakhir untuk hubungan kami dan Alhamdulillah anak-anak juga sudah matang untuk menerima keputusan tersebut,” ujarnya.

Rashidi berkata, anak-anaknya kini menetap bersama Vanidah, namun dia masih menjalankan tanggungjawab harian sebagai seorang bapa.

“Kami tidak berebut hak penjagaan anak, tapi saya sendiri merasakan anak-anak lebih baik berada bersama ibunya. Tapi saya masih bertemu setiap hari seperti biasa hantar dan ambil mereka dari sekolah,” ujarnya.

Rashidi (kiri) dan Eidil Putra pelakon utama filem BU.

Dalam perkembangan seni, Rashidi akan muncul dengan filem BU yang bakal ditayangkan pada 11 April depan.

Dia yang memegang watak sebagai doktor Norman memberitahu sudah membuat kajian terhadap watak tersebut agar tidak timbul kontr0versi berkaitan pekerjaan profesional berkenaan.

“Saya membawakan watak doktor pakar bed4h dan sudah tentu saya membuat kajian terlebih dahulu bagaimana cara yang betul seorang doktor.

“Maklumlah sekarang ini sering sahaja timbul isu berkaitan kesilapan pelakon dalam membawakan watak pekerjaan profesional seperti doktor.

“Malah, sepanjang penggambaran berlangsung ada yang memantau cara saya memegang alat-alat perubatan dan terma-terma tertentu,” ujarnya.

Filem itu turut dibarisi pelakon popular lain seperti Remy Ishak, Wan Hanafi Su, Eidil Putra, Nadiya Nisaa, Tia Sarah dan Nadia Brian.

BU mengisahkan tentang kasih sayang seorang ibu dan bertemakan kekeluargaan ini diarahkan oleh Jeany Amir.

“Saya bukan Imam yang baik” – Rashidi Ishak mengaku sudah bercerai dengan Vanidah Imran

SELEPAS beberapa bulan mendiamkan diri mengenai status sebenar perkahwinannya dengan Vanidah Imran, pelakon Rashidi Ishak akhirnya mengakui mereka sudah bercer4i pada 9 Ogos tahun lalu.

Rashidi berkata, dia tidak mempunyai niat untuk merahsiakan mengenai perkara itu daripada pengetahuan umum namun tindakannya itu semata-mata bagi melindungi dan menghormati keluarga kedua-dua belah pihak serta rakan terdekat.

“Pada 9 Ogos 2018, saya dan Vanidah telah memfailkan pembubaran perkahwinan kami.

Kenyataan Rashidi di Instagram miliknya.

“Dan secara rasmi di hadapan hakim di Mahk4mah Syariah Kuala Lumpur, kami menamatkan perkahwinan selama 17 tahun dengan rasa hormat dan persefahaman,” katanya menerusi Instagram.

Pasangan itu berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 18 dan Mariyam Rashika, 15.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mariyam Rashika dan Mikhail Imran. 

Sebelum ini, mStar Online pernah mendapatkan reaksi berhubung dakwaan mereka sudah bercerai namun aktres itu enggan memberi komen terhadap khabar angin itu.

Mengulas mengenai percer4ian itu, Rashidi mengakui kelemahannya dalam memimpin rumah tangga menjadi penyebab perpisahan itu.

“Pentadbiran yang gagal dalam mana-mana institusi adalah disebabkan oleh kempimpinan yang lemah dan tidak cekap.

Rashidi dan Vanidah berkahwin pada 1 Oktober 2000.

“Dalam perkahwinan, kesalahan terhadap keruntuhan pasangan itu adalah terletak pada Imam. Mungkin benar atau tidak, tetapi seorang pemimpin yang hebat akan sentiasa bersinar tidak kira pada masa baik atau buruk.

“Saya tidak, apatah lagi seorang Imam yang baik,” katanya.

Dalam pada itu, Rashidi turut berterima kasih atas sokongan ditunjukkan kepada mereka terutamanya kepada Vanidah.

Fify Azmi bukan punca perpisahan, Rashidi tidak tutup pintu hati untuk Vanidah Imran

PELAKON Rashidi Ishak menjelaskan wanita bernama Fify Azmi dalam video iklan produk minyak wangi keluarannya bukanlah orang ketiga atau menjadi punca perpisahan dengan aktres Vanidah Imran.

Rashidi berkata, wanita yang juga peserta Dewi Ramaja 2014/2015 itu merupakan bekas pekerjanya dan model kepada iklan produk berkenaan.

“Ramai yang serang dia di Instagram pagi ini (Khamis) dan saya minta maaf kepadanya kerana terkait dengan perkara ini.

“Dia dulu pekerja saya ketika saya menjadi Ketua Pegawai Eksekutif sebuah stesen radio dan saya ambil dia menjadi model produk iklan minyak wangi keluaran saya.

Sumber : Mstar

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*